Skip to main content

Kisah Cinta Abadi Mas kahwin sebuah baju besi

Kisah Teladan : Kisah Cinta Abadi
Mas kahwin sebuah baju besi
*•❀•**•❀•**•❀•**•❀•*•❀•*
Dipendamkan di dalam hatinya,
yang tidak diceritakan kepada
sesiapa tentang perasaan hatinya.
Tertarik dirinya seorang gadis,
yang punya peribadi tinggi, paras
yang cantik, kecekalan yang kuat,
apatah lagi ibadahnya, hasil

didikan ayahnya yang dicintai oleh
umat manusia, yakni Rasulullah
S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah,
puteri kesayangan Nabi
Muhammad, serikandi
berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya
apa-apa, untuk meminang puteri
Rasulullah. Hanya usaha dengan
bekerja supaya dapat
merealisasikan cintanya. Itulah Ali,
sepupu baginda sendiri. Sehingga
beliau tersentap, mendengar
perkhabaran bahawa sahabat
mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq,
melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya”,
begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji kerana merasa
apalah dia dibanding Abu Bakar.
Kedudukan di sisi Nabi? Abu
Bakar lebih utama, mungkin dia
bukan kerabat dekat Nabi seperti
’Ali, namun keimanan dan
pembelaannya pada Allah dan
RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar
menjadi kawan perjalanan Nabi
dalam hijrah sementara ’Ali
bertugas menggantikan beliau
untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga
bagaimana Abu Bakar berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh
bangsawan dan saudagar Makkah
yang masuk Islam karena
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman,
’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah,
Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash,
Mush’ab. Ini yang tak mungkin
dilakukan kanak-kanak kurang
pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak
muslim yang dibebaskan dan para
faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal,
Khabbab, keluarga Yassir,
’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa
budak yang dibebaskan ’Ali?Dari
segi kewangan, Abu Bakar sang
saudagar, insyaallah lebih bisa
membahagiakan Fatimah.’Ali
hanya pemuda miskin dari
keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”,
gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan
Abu Bakar atas diriku, aku
mengutamakan kebahagiaan
Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya.
Perkhabaran diterima bahawa
pinangan Abu Bakar ditolak baik
oleh Nabi. Ini menaikkan
semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu
bukan setakat di situ, kali ini
perkhabaran lain diterima
olehnya. Umar Al-Khattab,
seorang sahabat gagah perkasa,
menggerunkan musuh islam, dan
dia pula cuba meminang Fatimah.
Seorang lelaki yang terang-
terangan mengisytiharkan
keislamannya, yang nyata
membuatkan muslimin dan
muslimat ketika itu yang dilanda
ketakutan oleh tentangan kafir
quraisy mula berani mendongak
muka, seorang lelaki yang
membuatkan syaitan berlari
ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah
kebenaran dan kebathilan itu
juga datang melamar Fatimah. Ali
mendengar sendiri betapa
seringnya Nabi berkata, ”Aku
datang bersama Abu Bakar dan
’Umar, aku keluar bersama Abu
Bakar dan ’Umar, aku masuk
bersama Abu Bakar dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi
Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali
redha kerana dia tahu Umar lagi
layak darinya. Tetapi, sekali lagi
peluang terbuka, tatkala
perkhabaran diterimanya, bahawa
pinangan Umar juga ditolak.
Bagaimanakah sebenarnya
menantu pilihan nabi, sedangkan
dua sahabat baginda turut ditolak
peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-
Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab
r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz
bersama-sama Rasul Allah s.a.w.
duduk dalam masjid. Pada
kesempatan itu diperbincangkan
antara lain persoalan puteri Rasul
Allah s.a.w. Saat itu baginda
bertanya kepada Abu Bakar As-
Shiddiq r.a “Apakah engkau
bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali
bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq
menyatakan kesediaanya. Ia
beranjak untuk menghubungi Ali
r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat
datangnya Abu Bakar As-Shiddiq
r.a. dgn tergopoh-gopoh dan
terperanjat ia menyambutnya
kemudian bertanya: “Anda
datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat
sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a.
segera menjelaskan persoalannya:
“Hai Ali engkau adalah orang
pertama yg beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya serta mempunyai
keutamaan lebih dibanding
dengan orang lain. Semua sifat
utama ada pada dirimu. Demikian
pula engkau adalah kerabat Rasul
Allah s.a.w. Beberapa orang
sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada
baginda untuk mempersunting
puteri beliau. Lamaran itu telah
beliau semua tolak. Beliau
mengemukakan bahawa
persoalan puterinya diserahkan
kepada Allah s.w.t. Akan tetapi
hai Ali apa sebab hingga sekarang
engkau belum pernah menyebut-
nyebut puteri beliau itu dan
mengapa engkau tidak melamar
untuk dirimu sendiri? Kuharap
semoga Allah dan RasulNya akan
menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar
r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang
air mata. Menanggapi kata-kata
itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu
Bakar, anda telah membuatkan
hatiku bergoncang yang
semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang
sudah kulupakan. Demi Allah aku
memang menghendaki Fatimah
tetapi yang menjadi penghalang
satu-satunya bagiku ialah kerana
aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu
mendengar jawapan Ali itu. Untuk
membesarkan dan menguatkan
hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a.
berkata: “Hai Ali, janganlah
engkau berkata seperti itu. Bagi
Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu
bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog
seperlunya Abu Bakar r.a.
berhasil mendorong keberanian
Imam Ali r.a. untuk melamar
puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian
Saidina Ali r.a. datang
menghadap Rasul Allah s.a.w. yg
ketika itu sedang berada di
tempat kediaman Ummu Salmah.
Mendengar pintu diketuk orang,
Ummu Salmah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg
mengetuk pintu?” Rasul Allah
s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan
bukakan pintu baginya. Dia orang
yang dicintai Allah dan RasulNya
dan ia pun mencintai Allah dan
Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w.
itu belum memuaskan Ummu
Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya
tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang
kesayanganku!” jawab Nabi
Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat
bahawa Ummu Salmah di
kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai
kunjungan Saidina Ali r.a. kepada
Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku
berdiri cepat-cepat menuju ke
pintu sampai kakiku terantuk-
antuk. Setelah pintu kubuka
ternyata orang yang datang itu
ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu
kembali ke tempat semula. Ia
masuk kemudian mengucapkan
salam dan dijawab oleh Rasul
Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk
di depan beliau. Ali bin Abi Thalib
menundukkan kepala seolah-olah
mempunyai maksud tetapi malu
hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata:
“Hai Ali nampaknya engkau
mempunyai suatu keperluan.
Katakanlah apa yang ada dalam
fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh
dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah
s.a.w. yang demikian itu lahirlah
keberanian Ali bin Abi Thalib
untuk berkata: “Maafkanlah ya
Rasul Allah. Anda tentu ingat
bahawa anda telah mengambil
aku dari pakcikmu Abu Thalib
dan makcikmu Fatimah binti Asad
di kala aku masih kanak-kanak
dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah
memberi hidayat kepadaku
melalui anda juga. Dan anda ya
Rasul Allah adalah tempat aku
bernaung dan anda jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan
akhirat. Setelah Allah
membesarkan diriku dan
sekarang menjadi dewasa aku
ingin berumah tangga; hidup
bersama seorang isteri. Sekarang
aku datang menghadap untuk
melamar puteri anda Fatimah. Ya
Rasul Allah apakah anda
berkenan menyetujui dan
menikahkan diriku dengan
Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan
kisahnya: “Saat itu kulihat wajah
Rasul Allah nampak berseri-seri.
Sambil tersenyum beliau berkata
kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali
apakah engkau mempunyai suatu
bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi
Thalib dengan terus terang “Anda
sendiri mengetahui bagaimana
keadaanku tak ada sesuatu
tentang diriku yg tidak anda
ketahui. Aku tidak mempunyai
apa-apa selain sebuah baju besi
sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata
Rasul Allah s.a.w. menanggapi
jawapan Ali bin Abi Thalib
“engkau tetap memerlukannya
untuk perjuangan di jalan Allah.
Dan untamu itu engkau juga
perlu buat keperluan mengambil
air bagi keluargamu dan juga
engkau memerlukannya dalam
perjalanan jauh. Oleh kerana itu
aku hendak menikahkan engkau
hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu
dari tanganmu. Hai Ali engkau
wajib bergembira sebab Allah
‘Azza wajalla sebenarnya sudah
lebih dahulu menikahkan engkau
di langit sebelum aku menikahkan
engkau di bumi!” Demikian
riwayat yang diceritakan Ummu
Salmah r.a. Setelah segala-
galanya siap dengan perasaan
puas dan hati gembira dgn
disaksikan oleh para sahabat
Rasul Allah s.a.w. mengucapkan
kata-kata ijab kabulpernikahan
puterinya: “Bahwasanya Allah
s.w.t. memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas
dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat
menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn
baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a.
dalam pernikahan itu. Inilah jalan
cinta para pejuang. Jalan yang
mempertemukan cinta dan semua
perasaan dengan tanggungjawab..
Dan ternyata tak kurang juga
yang dilakukan oleh Puteri Sang
Nabi, dalam suatu riwayat
dikisahkan, bahwa suatu hari,
Fatimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum
menikah denganmu. Aku pernah
satu kali merasakan jatuh cinta
pada seorang pemuda” .
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau
begitu, mengapakah engkau
mahu menikah denganku? Dan
Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah
berkata, “Ya, kerana pemuda itu
adalah Dirimu..”
*********************
Begitulah cinta yang bersenikan
diam.. Mereka saling mencintai,
tetapi memendam perasaan itu
kerana tidak ingin cinta mereka
melebihi cinta kepadaNya..
Cantik ibrah dua insan agung ini..
Titipkanlah cintamu kepada jodoh
yang belum diketahui siapa, dan
untuk mendapat yang terbaik,
jadilah yang terbaik. Jika dirimu
jatuh cinta, diamkanlah, kerana
syaitan cuba menyelinap masuk
untuk jadikannya cinta bernafsu..
ALLAH sentiasa mengetahui detik
hatimu dan meraikan fitrahmu...

Comments

Popular posts from this blog

Melody & Chord Gitar : Wali Band - Yank

Intro : 4.6 3.6 3.6 2.5 2.9 2.7 2.5 2.7 2.5 2.4 2.4 2.5 2.7 2.5 2.4 2.2 2.9 2.7 2.5 2.4 2.5 2.4 2.5 3.6 2.4 2.5 3.6 3.6 2.5 2.9 2.7 2.5 2.7 2.5 2.4 2.7 2.7 2.5 2.4 2.5 2.4 2.5 3.6 2.7 2.5 2.4 2.2 2.0 2.2 F#m C#m yang.....coba kau jujur padaku F#m C#m yang.....foto siapa di dompetmu F#m C#m yang.....kok kamu diam begitu F#m G# sa..yang.. jawab atau aku pergi sayang Reff : C#m aku tak mau bicara B sebelum kau cerita semua F#m apa maumu siapa dirinya G# tak betah bila ada yang lain C#m jangan hubungi aku lagi B ini bisa jadi yang terakhir F#m aku ngerti kamu kau tak ngerti aku G# sekarang atau tak selamanya C#m B A B C#m F#m C#m yang....jangan kira aku tak tahu F#m C#m yang....tak mudah kau bodohiku F#m C#m yang....tolong dengarkanlah aku F#m

Chord & Tab Gitar : Mujhse Dosti Karoge

Chord & Tab Gitar : Mujhse Dosti Karoge - Mujhse Dosti Karoge Intro : e-3-5-6--3-5-6--3-5-3/1------- B------------------------------ G------------------------------ D------------------------------ A------------------------------ E------------------------------ e-1-3-5--1-3-5--1-6-5-3-3----- B------------------------------ G------------------------------ D------------------------------ A------------------------------ E------------------------------ Strum G major Few times..(listen to da song) Strum G, F, and G major few times (listen to da song) song starts.... G.....................................F.... keh do ki tum mere dil mein rahoge F.....................................G.... keh do ki tum mujhse dosti karoge repeat 2X C............G............F..................G.... .. Dekhungi, sochungi, kal parso kuch kahungi

Download lagu Maher Zain ( lengkap )

Songs Song Name Duration Listen Send Download Allah Allah Kiya Karo 5:14 Always Be There 4:27 Awaken 3:43 Baraka Allah Lakuma 4:30 For The Rest Of My Life tefahits 3:54 Hold My Hand 4:06 Inshallah 4:27 Open Your Eyes 4:27 Palestine Will Be Free 4:56 Subhana Allah 4:55 Thank You Allah 5:31 Thank You Allah _ Remix 5:28 The Chosen One 3:54 Ya Nabi Salam Alayka 4:59 Ya Nabi _ Remix 4:59 Song Name Duration Listen Send Download Assalamu Alayka 4:14 Assalamu Alayka - Arabic Version 4:15 Forgive Me 3:52 Freedom 3:42 Guide Me All The Way 5:02 I Love You So 4:36 Masha Allah 3:60 Mawlaya 4:52 Mawlaya - Arabic Version 4:54 Muhammad (pbuh) 4:38 My Little Girl 4:33 Number One For